APA YANG MENYEBABKAN PRODUK KOSMETIK NATURAL BERBEZA PADA SETIAP BATCH

Ada feedback daripada beberapa orang pengguna Micellar Series yang mengatakan ada perbezaan bau dan warna pada Energy Water Mist yang baru mereka terima dibandingkan dengan Mist yang digunakan sebelum ini.  Contohya Mist sebelum ini berwarna cerah, dan wangi. Mist terbaru berwarna kuning dan kurang wangi.

 

Apa yang menyebabkan terjadi sebegitu?

 

” Untuk batch yang baru ni, kami kurangkan essential oil kerana ada komen pedih pada batch sebelumnya. Bila dikurangkan maka kuranglah bau yang biasa tu. Selepas ni perlu ditambah sikit essential oil supaya bau wangi. Ingredients lain, Hyaluronic Acid, Bee Venom, Rose Water semua sama seperti biasa.

Isunya, bila barang natural,  ia tidak akan 100% sama pada setiap batch.

Seperti Lip Moisturiser Roselle, kalau raw material roselle warna pekat, maka pekatlah color lip moisturiser. Jika roselle tak merah sangat, maka warna lip moisturiser akan pudar.

Ini cabaran buat 100% natural products.

Bee Venom, Hyaluronic etc yang natural, mungkin ada berbeza bila beli batch baru. Mungkin warna agak kuning, atau bau agak kuat berbanding batch sebelum ini

Katakan formulasi Bee Venom 50g. Walaupun sudah tepat amount tapi bila raw material warna kuning, maka hasil produk akan warna kuning sikit.

Perlu memahami konsep natural ingredients.

My own experience, pernah nak beli katil single jati. Then dari catalog pilih satu corak dan tempah dua untuk anak-anak bujang .

Bila katil sampai, design sama tapi color berbeza, corak urat kayu pun berbeza.

That’s natural products. Bergantung dengan raw material.

 

-Penjelasan daripada Prof Madya Dr Siti Hamidah Setapar, Penyelidik dan Pengasas Naturel Kiss-