9 Jenis Honey Face Mask Untuk Pelbagai Masalah Kulit

Untuk mendapatkan kulit muka yang cantik dan bersih, salah satu caranya ialah dengan merawat muka dengan face mask atau masker muka. Di kongsikan di sini 9 jenis masker muka yang menggunakan madu dan ditambah dengan bahan-bahan lain yang masing-masing mempunyai khasiat tersendiri.  Cara-caranya sangat mudah dan bahan-bahannya mudah dicari. Pilih lah masker muka yang sesuai dengan kulit anda.

 

 

  1. Untuk Kulit Berjerawat

½ sudu the buah pala

2 sudu besar madu

 

  • Buah pala mempunyai sifat astringent, antibakteria dan anti inflamasi (keradangan) yang amat baik. Pilihan terbaik untuk anda yang berjerawat.
  • Gunakan sebagai masker muka atau sapukan sedikit pada bahagian-bahagian berjerawat dan biarkan pada muka semalaman.
  • Sifat antibakteria pada madu dan buah pala berfaedah untuk kulit yang mudah berjerawat.
  • Lakukan ‘patch test’ sebelum gunakan sebagai masker muka.
  • Jangan guna sebagai masker jika allergic kepada mana-mana 2 bahan ini.

 

  1. Untuk Kulit Kering

1 sudu besar minyak kelapa

2 sudu besar madu

 

  • Untuk melembapkan kulit dengan segera, gunakan madu untuk membasuh muka. Basahkan muka, sapukan madu pada muka dan bilas dengan air suam.
  •  Urutkan pada muka untuk beberapa minit. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.

 

  1. Untuk Kulit Berminyak

1 sudu besar aloe vera

1 sudu besar madu

 

  • Untuk singkirkan munyak berlebihan pada kulit.
  • Campurkan  aloe vera dan madu untuk membasuh muka. Lakukan setiap hari.
  • Untuk masker, tambah secubit kunyit kepada campuran madu dan aloe vera. Sapukan pada muka dan biar 15-20 minit. Bilas.

 

  1. Untuk Parut Jerawat

2 sudu besar jus lemon

2 sudu besar madu

 

  • Untuk merawat bintik hitam atau parut.
  • Campurkan jumlah yang sama madu dan jus lemon dan sapukan pada parut.
  • Biar untuk 30 minit atau biar di muka semalaman. Bilas.

 

  1. Untuk Blackheads

¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis

2 sudu besar madu

 

  • Sapukan campuran serbuk kulit kayu manis dan madu pada bahagian-bahagian yang mempunya blackheads, biasanya pada bahagian hidung.
  • Biarkan 10-15 minit untuk kulit yang lebih bersih.
  • Jangan gunakan campuran ini jika anda sensitive/allergik pada kulit kayu manis.

 

  1. Untuk Kecilkan Pori Muka

1 sudu besar putih telur

1 sudu besar madu

 

  • Putih telur sangat baik untuk merawat kulit berminyak, kecilkan pori dan membantu menegangkan kulit.
  • Sapukan campuran putih telur dan madu pada muka.
  • Biar 20-30 minat. Bilas.

 

  1. Untuk Mencerahkan Kulit

2 sudu besar yogurt

1 sudu besar madu

 

  • Campurkan  yogurt dan madu untuk menjadi campuran yang likat.
  • Sapukan pada muka dan biarkan kering.
  • Biar selama ½ jam. Bilas dengan air sejuk.

 

  1. Untuk Kurangkan Kedutan

1 sudu besar oat

1 sudu besar madu

 

  • Masker madu dan oat akan memberikan kulit yang lebih lembut dan lembap. Ia boleh memperbaiki kedutan dan garis halus.
  • Campurkan bahagian yang sama rata antara oat dan madu.
  • Sapukan campurkan pada muka dan biarkan 15-20 minit. Bilas dengan air suam.

 

  1. Untuk Melembutkan Kulit

2 sudu besar baking soda

1 sudu besar minyak zaitun

1 sudu besar madu

 

  • Ini adalah scrub muka sebelum menggunakan masker untuk pembersihan yang lebih mendalam dan membuka pori kulit muka.
  • Sapukan campuran madu, baking soda, dan minyak zaitun pada muka dan urut perlahan selama 5-10 minit. Bilas.
  • Scrub ini akan menjadikan kulit lebih lembut.
  • Untuk menjadikan scrub lebih kasar, tambahkan gula perang (brown sugar) atau  kopi kisar.
  • Boleh juga digunakan untuk scrub badan

 

Selamat mencuba! 🙂