TIPS MEMILIH SUNBLOCK ATAU SUNSCREEN

Bagi wanita yang menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari adalah suatu kemestian yang disapu setiap hari. Ia mampu melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari yang berbahaya sekaligus mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit. Terdapat bermacam-macam jenis sunblock yang berada di pasaran dengan jumlah SPF yang berbeza bergantung pada jenis kulit & aktiviti yang kita lakukan.

Jadi, sebelum nak beli sunblock, kena ambil tahu dahulu sunblock mana yang paling sesuai dengan kulit kita

Jom tambah ilmu kecantikan, baca info yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia ini.

 

Apakah SPF?

SPF adalah singkatan untuk Sun Protection Factor. Kita wajib memakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?

Kerana kulit akan menipis dan ingin kurangkan masalah kulit (jerawat, jeragat, kulit menipis) dan kanser kulit.

Kalau kita lihat pada produk-produk sunblock  ada ditulis SPF15, SPF30, SPF50. Jadi, mana yang sesuai dengan kita?

Jom, belajar dahulu apa itu SPF.

SPF ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.

Contoh pengiraan:

1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita.

Kita ambil contoh SPF 15.

Kita perlu tolak satu daripada nilai SPF itu.

Misalnya, SPF 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93

Jadi, 93%reen itu dapat lindungi kulit kita daripada sinaran UV.

Jika SPF 30, 96%

2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.

Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit

Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit

Kulit sawo matang, 20 minit

Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran uv kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.

Contoh kiraan:

Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan SPF15, maka sunblock  itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.

Untuk kulit kuning langsat, 15×15=225 minit

Untuk kulit sawo matang, 15×20=300 minit

 

Selain dari nilai SPF, kriteria lain untuk memilih sunblock  adalah ianya perlulah mempunyai perlindungan daripada sinaran UV (ultraviolet) A & B

UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.

UV B adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar (sunburn).

Sebab itu kita perlu mencari sunblock  yang mempunyai pertahanan kepada UVA dan UVB juga.

Human skin. Of absorbing and reflected uv rays. UV penetration into the layers of the skin. UVB rays do not penetrate the skin deep as they blocked by the epidermis. UVA rays penetrate deep into the skin thus damaging elastin and collagen fibers

 

Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja (Tanpa SPF)?

PA itu adalah kiraan untuk UV A

+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunscreen. Maksudnya, jika sesuatu sunblock  itu hanya tertulis PA+++ (tanpa SPF), ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.

Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF15 sudah mencukupi

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih sangat, anda memang memerlukan SPF50.

Beza pada SPF cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing-masing adalah lebih kurang sama. Jadi, tidak perlu SPF yang tinggi. Jangan merosakkan kulit dengan SPF yang tinggi jika tidak perlu.

Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock  kerana ianya hilang selepas terkena air.

Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock  yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.

 

TIPS menggunakan sunblock :

(1) Sapu sunblock 15-30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV.

(2) Sapuan pada semua permukaan kulit yang terdedah (termasuk di pelipat-pelipat)

(3) Sapu juga lipbalm yang mengandungi SPF & UVA,UVB

(4) Gunakan berulang kali (biasanya 3-4 jam sekali). Gunakan lebih kerap jika anda berpeluh banyak & melakukan aktiviti renang/dalam air.

(5) Sebelum guna, pastikan tarikh luput disemak, lihat teksturnya dan bau. Jika sudah berubah, buang sahaja.

Dan, minumlah air kosong dengan cukup setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.

Nota kaki: Lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu daripada dunia fana & syaitan durjana.

Sumber: Dr Erna Nadia & Mingguan Wanita, photo dari Google

——————————————————–

Dapatkan sunscreen Naturel Kiss untuk perlindungan kulit anda.

Harga Rose-UV Naturel Kiss RM133.90. Harga PROMOSI RM99 sahaja (Promosi sah sehingga 31 March 2019)

Dapatkan daripada D’WangiShoppe, Agent Berdaftar Naturel Kiss.

Whatsapp :

017-361 0176 (Anisah)

Atau terus klik butang di bawah:

 

——————————————

Baca info lain yang berkaitan.

Perkongsian daripada Prof Madya Dr Siti Hamidah, Pengasas Naturel Kiss;

BERKONGSI RASA, ILMU DAN IMPIAN DALAM SUNSCREEN