Tips Kelihatan Cantik Menggunakan Matte Lipstick

Penggelupasan: Walaupun bibir anda kelihatan licin, masih ada sebahagian kulit mati tergantung di sekitar bibir. Sebelum sapukan matte lipstick, pengelupasan adalah satu kemestian. Scrub bibir dengan lip scrub kegemaran anda. Jika tidak, formula matte akan melekat pada mana-mana bahagian bibir yang menggelupas dan dan pasti menyerlah kan lagi keadaan bibir yang ‘terkopek-kopek’

Melembap: Matte berkeadaan kering dan tidak lembap. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, melembapkan bibir adalah sangat penting. Selepas pengelupasan, amat penting untuk menggunakan lip balm/lip moisturiser untuk menambah kelembapan pada bibir anda. Biarkan lip balm/lip moisturizer melembap pada bibir seketika sebelum menyapukan lipstik. Dengan cara ini anda akan tampil dengan ‘matte look’ yang lebih sempurna dan bibir akan kekal licin sepanjang hari.

Concealer/Foundation: Sapukan sedikit concealer/foundation pada bibir anda untuk tidak menampakkan warna bibir semulajadi anda. Dengan cara ini, apabila anda sapukan gincu anda,warna lipstick akan akan nampak lebih ketara.

Liner: Gunakan lip liner untuk  lipstick pada bibir kelihatan lebih kemas dan cantik. Lip liner membantu mendapatkan asas yang cantik dan membuatkan matte lipstick nampak ‘terletak’ pada bibir dan cantik sepanjang hari.

 

Untuk dapatkan kesan cantik seperti tips-tips di atas, boleh dapatkan rangkaian penjagaan bibir Naturel Kiss:

Non Toxic Matte Lipstick

 

Roselle Lip Moisturizer

 

Walnut Extract Lip Scrub

 

 

Hubungi kami D’WangiShoppe, Distributor Sah Naturel Kiss

Phone/Whatsapp: 017-3610176

FB:D’WangiShoppe

IG: dwangishoppe