Ayat-ayat atau claim sebegini mengelirukan. Pengguna perlu kaji dulu sebelum percaya. Rajin baca label dan jangan terpengaruh dengan ayat marketing semata-mata.
1. Produk Organik
Organik bermaksud segalanya natural, dan tumbuhan itu bebas dari segala racun atau baja sintetik.
Contoh, minyak zaitun yang digunakan ditanam dalam ladang yang bebas baja/racun sintetik.
.
Produk ‘organik’ kerana buat sendiri di rumah, tak campur bahan bahaya?.
Itu hand made, bukan organik.
.
2. Produk Bebas Bahan Kimia.
Ini adalah claim yang paling mengarut sekali, kerana ia menyerlahkan kekurangan ilmunya. Semua benda di dunia ini terdiri daripada sesuatu bahan kimia. Air sekalipun adalah bahan kimia (mengandungi molekul hidrogen dan atom oksigen). Semua bahan di dunia ini adalah terdiri dari unsur bahan kimia. Kecuali claim ‘bebas bahan kimia berbahaya’.
.
3. Produk 100% natural
Natural bermaksud semua bahan digunakan adalah berasaskan tumbuhan/haiwan. Tiada bahan sintetik seperti sulfate, paraben, petroleum based, ethoxylate, formaldehyde donor, GMO’s or artificial colors, silicone dan lain-lain bahan-bahan sintetik. Dan berhati2 natural juga boleh bermaksud ia mempunyai unsur haiwan.
Sumber:
Prof Madya Dr Siti Hamidah Setapar
Pensyarah dan Penyelidik Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia.
Pengasas Naturel Kiss, Non Toxic Cosmetic