Paraben Dalam Produk Kosmetik

Apa itu Paraben?
 .
Paraben merupakan bahan pengawet utama ataupun preservative yang banyak digunakan dalam pengeluaran ubat farmaseutikal dan juga penghasilan produk kosmetik cosmeseutikal. Paraben sudah mula digunakan sejak seawal tahun 1930 an.
 .
Preservative ini penting dalam kosmetik kerana ia melindungi pengguna daripada bakteria ataupun patogen bahaya yang boleh membiak dalam krim atau produk kosmetik yang kita pakai setiap hari. Tanpa preservative ni, expiry date atau tarikh luput produk menjadi sangat singkat dan mungkin hampir semua produk perlu disimpan dalam peti sejuk jika preservative tidak dicampurkan.
 .
Paraben mula dikaitkan dengan kanser pada tahun 2004 apabila Darbre et al. menemui paraben dalam sel kanser payudara. Ini mencetuskan kebimbangan kemungkinan paraben boleh menyebabkan gangguan hormon dan menyebabkan kanser.
 .
Walaubagaimanapun, kajian ini tidak mengatakan paraben boleh menyebabkan kanser kerana paraben juga ditemui di dalam sel sel payudara yang normal dan tidak dapat dipastikan daripada mana sumber paraben ini, adakah daripada penggunaan kosmetik ataupun makanan.
 .
Isu ini telah menarik perhatian banyak pihak berkuasa kawalan ubat dan kosmetik seperti FDA Amerika, European Commission Scientific Committee on Consumer Products SCCP dan juga ASEAN Cosmetic Committe ACC.
 .
Data kajian keselamatan dan penggunaan paraben dalam kosmetik semua dikumpulkan dan dianalisa oleh pakar-pakar di seluruh dunia. Hasil pelbagai kajian ini mendapati Paraben tidak menyebabkan kanser tetapi bersetuju untuk melarang penggunaan 5 jenis paraben kerana data dan kajian mengenai keselamatan bahannya masih tidak mencukupi.
 .
5 jenis paraben yang di ‘banned’ atau dilarang penggunaannya dalam kosmetik adalah:
1. Isopropylparaben
2. Isobutylparaben
3. Benzylparaben
4. Phenylparaben
5. Pentylparaben
 .
Selaras dengan keputusan ASEAN Cosmetic Committee, Malaysia pun telah mengharamkan penggunaan 5 jenis paraben ini dalam produk kosmetik. Paraben ini bukan diharamkan kerana boleh menyebabkan kanser tetapi kerana data kajian mengenai keselamatannya belum lengkap.
 .
 Paraben Yang Selamat
 .
Jangan terkejut bila anda terbaca masih ada kandungan paraben dalam produk kosmetik atau ubat ubatan anda kerana ada jenis paraben yang dibenarkan penggunaannya kerana telah dibuktikan selamat melalui pelbagai data dan kajian yang telah dianalisa oleh pakar-pakar dari banyak negara.
 .
Antara paraben yang selamat dan dibenarkan penggunaannya mengikut had yang ditetapkan dalam produk kosmetik atau ubat-ubatan seperti metylparaben dan propylparaben.
 .
Jika ada yang mendakwa Paraben telah diharamkan di EROPAH tetapi tidak diharamkan di MALAYSIA Itu adalah penipuan. 5 jenis Paraben yang dilarang di eropah juga dilarang penggunaannya di Malaysia.
 .
Naturel Kiss Non Toxic Cosmetic
 .
Untuk pengetahuan, produk-produk Naturel Kiss tidak mengandungi paraben. Digantikan dengan bahan lain yang dijamin lebih selamat. Tak perlu ragu-ragu. Produk Naturel Kiss di buat di bawah penyelidikan Prof. Madya Dr Siti Hamidah Setapar, Pensyarah dan Penyelidik Jabatan Kejuruteraan Kimia, UTM, Skudai
Rujukan mengenai paraben:
RAHMAN BACO, RPh.
Pharmacist