Produk Kosmetik Tanpa Bahan Kimia ???

[Berhati-hati dengan produk yang mengaku ia ‘TANPA BAHAN KIMIA’]
– Berkemungkinan besar kenyataan itu dibuat hanya semata-mata tujuan pemasaran, bukan hakikat sebenar kandungan produk.
– Jika Founder produk tersebut adalah orang yang pakar/mengetahui mengenai bidang sains/kimia/kajian kosmetik, beliau tidak mungkin buat claim sebegitu.
– Setiap bahan di dunia ini terdiri dari unsur kimia. Air sahaja terdiri daripada unsur Hidrogen dan Oksigen (H2O) iaitu unsur kimia. Apatah bahan-bahan kompleks yang perlu digunakan untuk menghasilkan sesuatu skin care.
– Para pengguna usah mudah percaya dengan apa yang tertulis di kotak produk. Gunakan akal untuk berfikir dan menyelidik dulu. Jika terlalu banyak janji-janji menggunung, dan ‘too good to be true’, berkemungkinan semua itu untuk tujuan pemasaran sahaja.
– Penggunaan perkataan ‘Natural’ juga perlu kita perhatikan, selalunya banyak produk menggunakan perkataan natural apabila :
1) Mereka hanya claim sahaja tanpa memahami benar-benar maksud,
2) Mungkin ada sedikit sahaja elemen natural, tetapi bukan bermaksud produk tu 100% natural. Ada produk hanya mengandungi 5% bahan natural tetapi claim natural product.
.
– Begitu juga dengan penggunaan perkataan ‘herbs’. Mungkin ada sedikit sahaja elemen herba.
.
– Kesimpulannya:
1) Usah mudah terpengaruh dengan strategi pemasaran produk yang menggunakan ayat2 terlebih manis.
2) Periksa produk,pengasas, R&D atau kajian yang telah dilakukan.
3) Ayat ‘TANPA BAHAN KIMIA’ adalah bertentangan dengan hakikat sebenar penghasilan skin care & kosmetik, yang tak mungkin dapat dihasilkan tanpa bahan kimia.
4) Hati-hati dengan produk yang claim NATURAL atau HERBA. Baca ingredients.
5) Malaysia dilimpahi dengan produk-produk rebranding dan repackaging dari negara luar.
6) Jadi pengguna bijak. Usah dipengaruhi sentimen agama, perkauman.. yang sering dijadikan strategi pemasaran.
#cosmeticawarness
Perkongsian dari Professor Madya Dr.Siti Hamidah
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia, UTM, Skudai
Pengasas Naturel Kiss, Non Toxic Cosmetic