MENGAPA PERLU TUNGGU 3 MINIT SEBELUM BILAS AGE REVERSE CLEANSER?

Mungkin ini kali pertama pengguna skin care dinasihati agar menunggu beberapa minit sebelum membilas cleanser yang dipakai. Memang, jika cleanser biasa yang mengandungi bahan-bahan pencuci sintetik (terutamanya SLS), ia perlu dibilas secepat mungkin kerana membiarkan lama di wajah akan lebih merosakkan kulit.

Tetapi Age Reverse cleanser adalah amat berbeza dengan pencuci wajah yang biasa yang menggunakan bahan berbuih sintetik itu. Age Reverse menggunakan formulasi natural, water based, tidak merengsa kulit, pencuci yang amat berkesan, dan yang teristimewa adalah ia mengandungi bahan antipenuaan.

Namun,terdapat banyak persoalan mengenai cara penggunaan Age Reverse, mari kita baca satu persatu.

1. Mengapa perlu tunggu 3 minit?Age Reverse Cleanser telah dibangunkan dengan amat teliti oleh team penyelidikan kami di UTM. Bukan sahaja ia memilih bahan-bahan terbaik dunia, teknologi terbaik untuk penyerapan, malahan kami mengkaji keberkesanan penyerapan bahan. Ia digelar sebagai Kajian Penyerapan (Absorption Test). Keputusan menunjukkan penyerapan bahan aktif dalam skin care NK bermula dari 3 minit sehingga 15 minit. Dalam tempoh ini, bahan aktif antipenuaan seperti asid hyaluronik, bee venom, tsubaki ekstrak, roselle ekstrak dan lain-lain akan meresap ke dalam kulit.

2. Jika tak tunggu 3 minit?Tak mengapa kerana ia tetap berfungsi sebagai cleanser yang efektif. Malahan Age Reverse boleh mencuci dengan 5 kali lebih berkesan dari pencuci biasa. Kami mencadangkan tunggu beberapa minit agar bahan-bahan antipenuaan dapat menyerap secara optimum. Tetapi jika kita tiada masa atau dalam keadaan rushing, tak mengapa jika terus dicuci seperti pencuci wajah yang lain.

3. Kenapa memakai Age Reverse cleanser ada step tunggu 3 minit pula, tak macam produk lain?Step tunggu beberapa minit ini bukan untuk menyusahkan, tetapi ia menjadi nilai tambah (added value) yang sangat special kepada para pengguna. Inilah keistimewaan NK, kami memahami kesan optimum sesuatu produk bukan sahaja terletak kepada bahan yang digunakan, malahan cara pakai, dan berapa masa yang diperlukan untuk mendapat kesan terbaik.

4. Jika tunggu lebih dari 15 minit?Boleh jika Cik Puan ada banyak masa. Walaupun keputusan ujian menunjukkan 15 minit adalah masa penyerapan paling optimum, tetapi selepas itu masih ada penyerapan walaupun telah berkurangan. Kesimpulannya, ia bergantung dengan masa dan kesempatan. Jika tiada masa, terus bilas pun tak apa kerana ia tetap mencuci wajah dengan berkesan. Jika ada masa, boleh tunggu untuk mendapat penyerapan bahan antipenuaan.

5. Bolehkah tidak dibilas?Ada dua cara penggunaan Age Reverse cleanser. Yang pertama adalah menggunakan kapas muka. Dengan cara ini, boleh jika tidak dibilas kerana kotoran telah pun dibuang dengan menggunakan kapas tersebut. Cara kedua ialah dengan meletakkan di tapak tangan dan menyapukan terus ke wajah. Cara ini, perlu bilas kerana kotoran masih ada di wajah jadi wajah perlu dibasuh menggunakan air.

Kesimpulannya, step menunggu beberapa minit ini BUKAN untuk menjadikan cleanser lebih berkesan sebagai pencuci wajah, TETAPI agar berlaku penyerapan bahan antipenuaan secara optimum ke dalam kulit.

Age Reverse Cleanser diformulasi bukan setakat mencuci, malah sebagai produk antipenuaan yang berkesan. Ia juga bertindak sebagai toner dan pelembab. Pemakaian yang konsisten dan mengikut cara yang betul akan memberikan hasil yang amat memuaskan. Wajah akan menjadi lebih anjal dan berseri, complexion menjadi semakin cerah, garis halus berkurang, memudarkan parut dan jeragat. Kulit akan menjadi segar dan sihat dari dalam dan memelihara kulit untuk tempoh yang panjang.

Produk ini bukan sahaja memfokuskan lapisan luar kulit semata-mata, tapi menggunakan teknologi nano-misel, bahan anti penuaan akan menyerap ke dalam kulit dan mampu membantu mempercepatkan metabolisma sel, seterusnya menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat bagi menggantikan sel kulit yang rosak. Semua fungsi ini ada dalam satu botol Age Reverse cleanser 😊🤗.

Nota: Gambar saya sedang melakukan eksperimen Absorption test pada Jun 2019.

-Prof Madya Dr Siti Hamidah Setapar, Pengasas NK Age Reverse Cleanser