Hubungi Kami

+6017 361 0176

admin@dwangishoppe.com

Ampang Jaya, Selangor

Frequently Asked Question!

NK sesuai dengan semua jenis kulit samada kulit kering, berminyak atau kombinasi. Ia akan mengimbangkan kelembapan kulit yang optimum dan merawat kesan buruk kulit kering

NK Age Reverse merupakan produk yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Dr Siti Hamidah di UTM. Dr Siti memang dikenali sebagai founder Naturel Kiss (NK) iaitu produk yang berasaskan bahan natural, selamat dan menggunakan teknologi moden. Age Reverse merupakan satu siri produk yang menggunakan formulasi BeuT-Complex, iaitu menggunakan bahan-bahan anti penuaan yang terbaik seperti Hyaluronic Acid, Bee Venom, ekstrak Tsubaki, ekstrak Roselle, dan essential oil yang bagus untuk kulit. Produk Age Reverse telah melalui kajian yang terperinci termasuk melibatkan lebih 100 responden, pensijilan Lab Tested daripada Bioeconomy Corporation, pelbagai testing Sirim, Notifikasi dari KKM, dan pelbagai testing ‘Proof of Concept’ bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk.

Produk NK dihasilkan daripada kajian yang terperinci oleh team penyelidikan kami di UTM. Kami memilih bahan-bahan yang terbukti berkesan hasil dari kajian kami sendiri dan kajian pakarpakar seluruh dunia. Formulasi yang dihasilkan adalah eksklusif dan original, tidak daripada mana-mana pihak yang lain. Antara ciri penting NK adalah ia berkesan, selamat dan setanding dengan kualiti produk berjenama popular antarabangsa.

Produk NK diperkaya dengan bahan antiaging yang boleh membantu mempercepatkan penghasilan sel baru yang sihat untuk menggantikan sel lama yang telah rosak termasuk masalah jeragat dan tompok hitam. Namun, ada juga masalah tompok hitam disebabkan hyperpigmentation, iaitu kondisi kerosakan kulit yang ekstrim yang menyebabkan perubahan warna kulit di beberapa bahagian. Antara masalah tompok hitam yang ekstrim adalah melasma yang merupakan kerosakan kulit yang kekal dan amat sukar dihilangkan samada menggunakan skin care atau rawatan laser. Namun, penggunaan produk NK secara intensif boleh mengurangkan warna tompok hitam tersebut.

Apabila kulit telah lama terdedah dengan bahan bertoksik, maka kulit telah menjadi rosak. Pori juga banyak tersumbat. Ini menyebabkan masa yang agak panjang untuk memulihkan kembali keadaan kulit. Produk yang berasaskan bahan natural memang memerlukan masa yang agak lama tetapi ia selamat dan hasilnya juga amat memuaskan kerana kulit telah dirawat. Lapisan kulit baru akan tumbuh setiap 4 minggu, jadi perlu bersabar, dan bantu kulit baru tumbuh sihat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkesan.

Ya, lelaki juga boleh menggunakan NK. Ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Boleh cuma tak dapat jangka optimum result guna NK jika campur dengan produk dari jenama lain. Untuk memastikan hasil yang optimum, dicadangkan menggunakan produk NK secara intensif kerana setiap produk akan menambahkan keberkesanan kepada kulit.

Biasanya cleanser yang berbuih kerana ia menggunakan bahan berunsurkan sulfat, yang paling popular adalah SLS. SLS memang berkesan menghilangkan kotoran, tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menghilangkan kelembapan semulajadi yang diperlukan kulit muka kita sehingga boleh menyebabkan kulit kering. Apabila kulit kering, lagi mudah mendapat iritasi atau gatal-gatal seperti allergic reaction. Banyak efek tidak baik daripada SLS. Paling teruk ia boleh merosakkan mata jika termasuk mata. SLS juga boleh menyebabkan pori tersumbat dan jerawat menjadi semakin teruk.

NK cleanser menggunakan Sodium methyl cocoyl taurate (SMCT) iaitu natural surfactant yang dihasilkan daripada coconut. Ia adalah surfactant paling lembut, mewah dan berkesan. Surfaktan yang lembut (mild) memang kurang buih dan kurang iritasi pada kulit.

Energy Mist bertindak sebagai pelembab dan penyegar yang akan merawat dan mencantikkan kulit wajah. Ia akan menyerlahkan lagi keberkesanan Age Reverse cleanser. Ia adalah diperbuat daripada bahan semulajadi terutamanya Bee Venom, Essential Oil dan Hyluronic Acid.

Sunscreen bukan menggunakan teknologi nano micelle (micellar) tetapi sunscreen NK menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan premium seperti minyak ekstrak biji lobak (carrot seed oil) yang merupakan penghalang sinaran UV yang semulajadi. Sunscreen NK menggunakan bahan-bahan yang selamat, bersifat broadspectrum, berbau wangi semulajadi dari essential oil dan tidak merengsa atau memedihkan kulit.

Boleh dan selamat digunakan kerana serum ini tidak masuk sampai ke sel darah. Kajian menunjukan bahawa toleransi vitamin A untuk wanita hamil setiap hari adalah sehingga 10,000UI. NK Serum menggunakan Vitamin A 2500UI/g. Dikatakan satu hari kita menggunakan kira-kira 0.3g serum, ia bersamaan dengan 750UI/g VA. Dan kadar penyerapan maksimum produk topikal 20%, hanya 150UI VA yang diserap ke dalam badan dan akan dimetabolismekan oleh sel dermis dalam masa sehari. Untuk makluman peratusan retinol di dalam serum adalah hanya 0.1% sahaja dan ianya tidak cukup untuk membahayakan janin.

Terdapat 5 kebaikan NK serum yang wajib pengguna tahu dan cuba. Antaranya ialah;

1.Mempunyai penyerapan optimum.

  • Penyerapan optimum melibatkan pembebasan bahan aktif yang bersaiz nano iaitu encapsulated retinol dan hyaluronate asid secara berkesan kedalam kulit.

2.Gabungan tiga formulasi (Retinol, BeauT-Complex™ dan herba Cynanchum).

  • Simbiosis ketiga-tiga formulasi ini mengahsilkan tindak balas dan penyerapan maksimum dan optimum ke dalam kulit.

3.Ringan dan tidak merengsa

  • Kandungan retinol yang sangat mild serta tambahan herba cynanchum ini menjadikan kulit muka tidak merengsa dan semua jenis kulit boleh menggunakannya.
  • NK serum ini akan seimbangkan air dan sebum di kulit muka dan serum ini boleh digunakan pada waktu pagi (dengan tambahan pemakaian NK Sunscreen) serta pada waktu malam.

4.Terbukti secara klinikal mengurangkan garis halus dan kedutan.

  • Kulit akan bertambah lembab, keanjalan kulit jelas dirasai dan juga tekstur kulit yang tampak lebih cantik dan halus.

5.Keserian wajah meningkat.

  • Dalam masa seminggu akan dapati wajah semakin lembut dan berseri.
  • Ini telah terbukti secara klinikal di mana 95% responden yang telah menggunakan trial serum ini mendapati kulit mereka lembut dan lebih sihat.
Shopping Cart
Open chat
Hi 👋
Apa yang saya boleh bantu?